Lilypie - Personal pictureLilypie

Sunday, March 29, 2009

week 21...

now dah mula rasa berat...hehehe...perut pun dah makin bulat. hehhehe....perubahan yg paling ketara, bila kuar gi jalan2. mesti gi tandas. xleh jalan sket, minta naz bhenti kat petrol pump. contoh, sabtu lepas masa g jalan2 kat melaka, 4 kali i gi tandas. masa malam, lagilah. if dulu bangun sekali je. but lately, 3 kali bangun gi tandas. masa bangun, mesti rasa tegang ke kat perut. usually belah kiri. baby kick rasanya. sbb last scan kaki baby kat side kiri.
pagi tadi baby agak aktif. pergerakan agak mild...xterasa scara direct, tapi leh rasa lain. baby gerak2. tgu lagi beberapa minggu kot, baru dapat rasa baby bergerak aktif. naz pun dah rajin pegang perut i...hehehe...dulu, jarang2. maybe coz xnampak sangat kot.
perubahan lain, dah mula rasa cepat penat. xlarat nak wat keje. tapi i masih memasak gak. sbb tau naz xberapa gemar makan kat luar slalu. lagipun leh bjimat sket. n satu lagi yg i perasan, i dah dapat kawal rasa marah i kat naz. heheh...ksian kat die. tapi bila i tensen, if dulu i marah, but now, i nangis. xtau naper...senang je ngalir airmata. org kata xelok nangis selalu. tp...erm...harap2 baby ok...

Friday, March 20, 2009

week 20

alhamdulillah...dah masuk week 20. tadi i gi check up kat pusrawi, kajang. happy sangat dapat 'jumpa' baby nazrina. baby dah berat 330gm. masa tgh scan, baby sempat gerak2 lagi. baru tau kat mana kedudukan kaki baby. rupa2nya kat side kiri. patutlah kekadang terasa penangan 'kick' baby. ala2 manja gitu...xtau bagaimana nak ungkapkan betapa terujanya i masa tgk skrin scanner td. tgk dia gerak2. alhamdulillah, baby membesar dengan sihat, in good progress.
ingat x i penah citer dalam entry yg lepas ttg tekanan darah i...? i cek gak td. n bacaan tekanan darah i 110/82. NORMAL! alhamdulillah. naper ek bila cek kat tangkak je, mesti tinggi. aritu bacaan bawah 89. dr mashitah kata 89 tu kat border. tinggi bila lebih 90. patutlah... maybe masa i gi check up kat tangkak, i selalu tensen. erm...i wonder y...

Monday, March 2, 2009

week 17+...

hari ni i gi check up kat klinik payamas. sepatutnya minggu depan, tapi memandangkan bekalan ubat dah nak abis, so i gi arini. last appoinment nurse bgtau hari isnin ada doc, so that's y i gi arini.
i dapat no giliran no 2. dah gi cek urine n test darah, tgu turn jumpa nurse tuk timbang berat n amik tekanan darah. kat klinik payamas, masih guna penimbang lama. mcm timbang beras kat gudang, guna scale lama. berat x berubah...macam x percaya je. layankan je lah. nurse nasihatkan i jaga pemakanan coz tekanan darah i agak tinggi. 128/89 (if i'm not mistaken..buku merah dalam keta)...nurse nasihatkan banyakkan makan sayur n minum jus buah-buahan. i admit, beberapa arini i kurang makan sayur. i xde kawan nak makan sayur n if beli pun wat rosak sayur je. naz bukan makan pun...then tgu turn gi jumpa doc.

part ni yg i nak kongsi. masuk bilik, doc tgk dalam buku ada pic scan yg wat kat pusrawi, so die kata tgu minggu ke 30 baru scan lagi. then tanya nak bersalin katne...if kat muar, die nak booked. i kata book je lah. pastu ok...i leh balik...HAH??? itu je????xsampai 5 minit... xtanya i ada masalah ke, nak citer apa2 ke...honestly i rasa xbest.mmg wat i tawar hati nak teruskan check up kat klinik ni. really spoil my mood for 2day. dah lah 2 bulan i gi wat check up kat klinik ni, xdpt jumpa doc, skali dpt jumpa, xde cakap apa2 pun. if mcmni, baik xyah jumpa doc. jumpa nurse pun ok. nurse lagi baik, nasihatkan kita jaga makan, amik suplement, bla bla...dah lah i mmg hangin dgn doc tu. doc muda yg mcm baru je jadi doc. dulu masa i abortion pun, die xwat apa2 check up pun. tanya, tulis n terus bg keputusan yg i dah complete abortion. xpegang i, xscan ke, cek perut ke...XDE. NADA.
dah gi amik ubat, i terus gi pasar, beli sayur n ikan, balik umah, duduk depan tv...on laptop, n menaip benda ni...
i mmg tgu nak wat check up kat pusrawi. biarlah kluar duit sket, asalkan puas hati.
baby, mama minta maaf. emosi mama xbrape stabil. mama tau ni xbaik tuk baby, tapi mama xleh tahan. mama mmg hangin satu badan...mujur papa xde depan mama, if not mesti insan yg xbersalah jadi mangsa mama...