Lilypie - Personal pictureLilypie

Tuesday, April 28, 2009

week 25

Hari ni, ada citer hangat yang berlaku pada i...
sejak semalam, i dapat rasa yang baby kurang bergerak. i mula rasa bimbang. i cuba panggil n usap perut, panggil baby. tapi xde respon. i bagitau naz. pada mulanya naz kata g klinik lepas sekolah arini. i macam rasa xsedap hati. so, sampai je skola, trus jumpa penolong kanan, minta izin nak gi hospital. dah settle bagi kerja, kami gi klinik payamas dulu. i tanya nurse kat situ nak wat check up kat klinik @ terus gi hospital. nurse tu suruh terus gi wad kecemasan hospital coz kat klinik xde doc. i mmg dah agak. tapi sbb nak puaskan hati, singgah gak kat klinik.
sampai je kat wad kecemasan, trus daftar, amik bacaan tekanan darah n MA kat situ suruh gi wad bersalin wat CTG. masa wat CTG, nurse tu cakap baby i kecil lagi, so susah gak nak dapat bacaan denyutan jantung. jenuh gak lah depa menekan perut. masa tgh wat CTG, tetiba i dapat rasa baby bergerak. ALHAMDULILLAH...tapi i diamkan je. nurse tu pun tau coz leh tgk pada kertas CTG tue. nurse tu ada gak kata, maybe i letih sangat. so effect gak kat baby. maybe baby tidur je...tapi i xnak pisang berbuah 2 kali. tu yg trus gi hospital gak. amik CTG kat tempat bersalin. aduh...sadisnya i tgk tempat bersalin Hospital Tangkak. bilik kecil, ada kipas 1...sempit ya amat. agak mengerikan gak...tapi xtaulah hospital lain macamana. dah 10 minit wat CTG, nurse bagi oksigen lak. geli je rasa kat hidung. masa dah masuk oksigen, dengar nurse tu cakap, bacaan ok sket. tapi masih kena tekan gak.
dah settle urusan kat wad bersalin, gi semula kat wad kecemasan. jumpa doc lak. masa jumpa doc, die tekan2 kat perut n gi wat scan. ALHAMDULILLAH, i nampak jantung baby i. masa tu mmg bersyukur sesangat. so, doc pun cakap xde apa yang perlu dirisaukan. baby semua ok. if anything happen like bleeding atau akit perut, terus datang hospital.
naz dengan setia menunggu kat luar. sampai tertidur. siap berdengkur lagi. sampai org kat situ pun pandang die...hehhee....ksian papa...
till now, alhamdulillah i dah mula rasa kembali baby i bergerak. masih lagi x sekerap biasa, but at least die masih bergerak.

Saturday, April 18, 2009

week 24

semalam, detik bersejarah untuk kami. masa tgh tgk tv, i minta tangan naz, letak kat perut. diam seketika, tetiba...toik...hehehe...baby gerak. muka naz berubah..."dapat rasa....dapat rasa...tapi nape sket je?" i kata...mmglah, ni baru permulaan orang luar dapat rasa. mild movement.alhamdulillah, sekurang2nya naz dah dapat rasa. itu yg penting. if not, selagi tu dia xkan rasa impaknya.
aritu, g j-card sale kat jusco melaka. cadang nak tgk barang2 bayi. mana tau ada less. mmg ada pun. cth stroller leh dapat less 30%...mmg murah. tapi, kami xcadang nak beli lagi. sbb masih awal...barang2 bayi pun mmg xbeli lagi. now, kami just survey2 je harga. bulan 6 @ 7 nnt, insya allah baru nak beli.
i nak kongsi sesuatu, yang sedang bermain di minda i...insya allah, i bakal masuk ke trimester 3. trimester yg agak penting tuk kami. i terbaca artikel ttg dynas...takziah tuk beliau...tetiba ketakutan menerjah minda i. honestly, mmg i takut. takut sampai mengganggu emosi i. i cuba tuk xnak pk sgt, tapi...i xdapat kawal. i hanya mampu berdoa kepada ALLAH agar kandungan i sihat dan selamat, i selamat melahirkan bayi ini, n semua berjalan lancar. sesungguhnya kami amat teruja untuk bertemu dengan bayi ini...semoga i akan tenang selepas ini, xterlalu memikirkan hal 'itu'...i amat perlukan sokongan dan semangat dari naz, family n rakan2...

Monday, April 13, 2009

week 23

alhamdulillah...happy rasanya. i dapat rasakan baby nazrina bergerak. dah semakin ketara pergerakannya. lebih aktif waktu petang semasa tonton tv. tetiba rasa 'benda' bergerak. hehhe...nak lagi best, i letakkan remote ASTRO kat perut. i tenung je...tetiba remote bergerak.hehhehe...nak share dgn naz, tapi naz xpenah perasan. xpelah...papa, be patient, k. nnt leh gak 'jumpa' baby...
i dah semakin xselesa pakai baju kurung. dah lah xleh nak kancing cangkuk kain. naz risau, bimbang kalau2 kain i tetiba terlondeh. hehehhe...but honestly, mmg i pening bila pakai kain mcmtu. nak pakai uniform, rotationnya 1 minggu je. erm...patutkan i tambah lagi uniform?