Lilypie - Personal pictureLilypie

Thursday, August 6, 2009

week 39...the end of my pregnancy...

29 Julai 2009 (Rabu)

Beberapa hari ni asyik terasa nak makan Char Kuew teow, tapi kat Tanglak xde. so, bagi menggantikannya, naz ajak gi makan mee goreng basah kat Jalan Sialang. Petang tu, bersemangatlah kami nak ke kedai tu. Alih2 TUTUP! aduh...alih2 try makan kat kedai makan di Jalan Naib Long. I order kuewteow goreng basah, naz mee goreng basah. tapi, amatlah mengecewakan bila kami masukkan makanan kami ke tekak. x sedap pun...xpe lah...insya allah b4 6/8 sempat gak gi cari Char Kuew Teow.

30 Julai 2009 (Khamis)

1.00 pagi... i terjaga, as usual nak gi tandas. tapi perut agak akit. gi tandas, i terkejut. ada sket stain. pelan2 i kejutkan naz. xnak die tergamam, minta dia cool coz xnak die bangun terkejut n akit kepala. i pun ngemas beg nak balik langat...beg i n beg naz. aritu ngemas separuh. ngemas sambil2 tgk jam. akit datang setiap 20 minit. naz tanya, nak gi hsptl x? i kata, nnt dulu...minta naz bancuhkan milo. nak kumpul tenaga, manalah tau if dah nak bersalin nnt...


3.00 pagi... akit dah mula jadi setiap 15 minit. so, i bgtau naz, jom gi hsptl. otw ke hsptl Muar, i call abah. just bgtau kondisi i skrg. sampai kat hsptl, trus ke wad bersalin. masuk dalam, cek n baru buka 2 cm. so, i trus masuk wad.


so, tinggallah i sorang2 tanpa naz di sisi. dipendekkan citer, i mula rasa xselesa kul 2ptg. so, b4 naz turun coz waktu melawat dah abis, i minta naz bgtau nurse yg i dah mula rasa akit. gi ke bilik rawatan n dah buka 3cm. so, depa trus bawa turun ke bilik bersalin. i masih ingat, i masuk bilik 5. 5...my fav number. memandangkan naz dah attend ceramah rakan suami, so naz leh temankan i. honestly, i mmg nak naz ada skali. dapat pegang tangan die pun cukup.

ms ni i dah mula akit setiap 5 minit. mula2 akit biasa je...tapi merah gak lah tangan naz i pegang. bila ilang rasa akit, sambung berbual dgn naz sambil baca ayat yg dibaca masa solat hajat. petua tuk nak mudahkan bersalin. kul 5 i dah mula akit sangat. macam nak buang air besar. i bgtau nurse yg duk teman i. die pun check n trus panggil staf nurse. masa tue, dah mula episod 'havoc' kat bilik bersalin. naz ada kat sebelah kiri i. yg bestnyer, tuk xnak die termuntah @ pitam, i bgtau die, "abg,jgn tgk bawah. tgk b je"...ni sapa yg nak comfort sapa...hehehe...sorang staf nurse ckp dgn i, "ok ina. sekarang dah kul 5.11ptg. saya nak awak kuarkan bayi awak secepat mungkin. rasa x tangan saya ni? k, kuarkan tangan saya. push sekuat hati. jangan kuar suara." i pun watlah seperti yg diarahkan di sampang naz yg terus bagi sokongan moral kat i....

tanggal 5.25ptg, baby i selamat dilahirkan. nurse tunjukkan baby kat naz n minta naz kuar. lepas depa potong tali pusat baby, trus depa letak kat dada i, berdekatan dengan breast. i dah bersedia awal tuk nak melihat baby i yg masih lum dibersihkan...seperti yg dinasihatkan oleh nurse masa ceramah rakan suami. masa tu, i xtau apa yg ada dlm fikiran i... i cuma bersyukur semua selamat.

uri dah kuar...now masa nak menjahit. ya allah, hanya tuhan je yg tau sakitnya. lagi akit dr masa nak bsalin td. i ada luka kat dalam, so kena panggil doc yg jahitkan. depa palik, baby kecil tapi naper i luka teruk. dah siap jahit, depa panggil naz masuk tuk temankan i. nurse bagi i makan, tuk dapatkan tenaga semula. i makan nasi... sambil ditemani oleh naz. tetiba i akit n berpeluh2. i bgtau naz, minta die bgtau nurse. staf nurse dtg n bgtau ni perkara biasa. rahim nak mengecut. yg peliknya, akitnyer macam akit masa nak bersalin td. nurse tu bg i paracetamol. then doktor dtg cek i. baru die tekan rahim i, terus terpancut darah kuar. gelabah doktor tue. trus naz diminta kuar n doc trus examined me. it's getting worst, makin banyak darah i kuar. hampir semua doc datang. at last, i dibawa ke OT tuk wat pemeriksaan lanjut. i dibius 1/2 badan. sedar2 doc bgtau apa yg terjadi pada i, n i disorong kuar. rasa happy bila nampak muka naz masa tu. i dimasukkan semula ke bilik bersalin, kali ni HICU n dapat jumpa naz sekejap. naz bgtau muka i mmg nampak pucat coz banyak darah kuar. i kena masuk 3 pain darah...

so...itulah pengalaman i masa i melahirkan permata hati i n naz...

now i perkenalkan, AHMAD AISY NAZHAN BIN AHMAD NAZRI...